Siapa bossku, tanya Streram

Iklan
Calon PH PRK DUN Rantau, Dr. S Streram ketika Program Ziarah Mesra Ahli Persatuan Man Nam Kong Soh di Pekan Rantau, hari ini.- Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram secara sinis mempersoalkan siapa bossku apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa penduduk DUN Rantau mengundi calon BN.

Katanya, Ahli Parlimen Pekan itu tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian dengan imej beliau dan parti itu yang telah diketahui rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya tidak tahu pun siapa bossku. Kita sudah tahu BN tidak membuat apa-apa (di DUN Rantau).

ARTIKEL BERKAITAN: Najib nak buka bilik minta maaf

Iklan

"Balai bomba tidak ada, klinik kesihatan yang tidak mencukupi, kemudahan pengangkutan yang tidak sempurna. Inikah pencapaian bossku? Minta Najib jawab," katanya kepada pemberita ketika ditemui program ziarah mesra ahli Persatuan Man Nam Kong Soh, Pekan Rantau di sini, hari ini.

Terdahulu, Najib ketika berucap dalam program santai di Bandar Sri Sendayan malam tadi meminta pengundi DUN Rantau memberi kemenangan kepada calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Iklan

Katanya lagi, rekod cemerlang Mohamad atau Tok Mat selama 15 tahun jelas lebih baik berbanding Streram.

Sementara itu, ditanya mengenai tarikh pelancaran manifesto PH, Streram mengakui belum membuat ketetapan.

"Tunggu dululah esok lusa kita akan umum bila semuanya telah lengkap.

"Tapi apa yang pasti manifesto itu akan memberi keutamaan untuk isu-isu tempatan seperti perumahan, kesihatan dan tingkatkan mutu pengangkutan," katanya.