Polis, SKMM giat kesan individu ugut Hafizal Hamad

Iklan
Polis dengan kerjasama SKMM giat mengesan individu yang menghantar mesej berbaur ugutan di laman Instagram terhadap Hafizal.

SHAH ALAM – Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengesan pemilik akaun Instagram yang menghantar mesej berbaur ugutan kepada pengulas sukan, Hafizal Hamad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, usaha mengesan individu berkenaan masih dilakukan.

Iklan
Iklan

"Polis bekerjasama dengan pihak SKMM untuk mengenal pasti pemilik akaun di Instagram terbabit.

Sinar Harian melaporkan Hafizal tampil membuat laporan polis kira-kira 1 pagi, Rabu selepas menerima ugutan melalui laman Instagram 'antimediababi' pada 27 Ogos lalu hingga mendatangkan kegusaran kepadanya sekeluarga.

Iklan

Antara ayat ugutan itu adalah 'lagi sekali ko bagi kritikan negatif dkt semua atlet Malaysia ko aku akan kerjakan' dan 'ko buat pesanan maut menanti depan rumah ko".

Siasatan awal polis mendapati dipercayai ia berkaitan Hafizal yang ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara, Lee Zii Jia semasa mengulas dalam rancangan Nindia Pak Long.

Iklan

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.