Terbuka AS: Medvedev mudah lepasi ujian Rinderknech

Iklan
Daniil Medvedev

PEMAIN nombor satu dunia, Daniil Medvedev meneruskan permulaan positif mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS), apabila mengalahkan pemain Perancis, Arthur Rinderknech 6-2, 7-5, 6-3 di Stadium Arthur Ashe untuk mara ke pusingan ketiga.

Medvedev yang tidak konsisten menjelang saingan di Flushing Meadows, ternyata bermotivasi selepas kemenangan straight-set ke atas Stefan Kozlov di pusingan pertama, menjadikan Rinderknech mangsa kebangkitan di New York.

Iklan
Iklan

Medvedev berjaya memanfaatkan beberapa kesilapan Rinderknech untuk kemenangan mudah pada perlawanan set pertama.

Bagaimanapun Rinderknech yang berstatus pemain nombor 58 dunia kembali memberi tentangan pada set kedua, namun pengalaman ternyata memisahkan kedua-duanya yang memihak bintang sensasi Rusia tersebut.

Iklan
Iklan

Menunggu Medvedev di pusingan ketiga, Wu Yibing, yang menjadi pemain China pertama mara ke pusingan ketiga di Flushing Meadows selepas menewaskan Nuno Borges dari Portugal 6-7(3), 7-6(4), 4-6, 6- 4, 6-4.