Tidak kompromi isu rasuah, salah guna kuasa: Pemuda Pas

Iklan
Ahmad Fadhli menyampaikan ucaptama Muktamar Pemuda Pas ke-63 di sebuah hotel, di Alor Setar, pada Khamis.

ALOR SETAR - Pemuda Pas tidak sesekali akan berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara dengan kes terbaharu melibatkan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, projek LCS yang menelan belanja RM6 billion secara rundingan terus itu sepatutnya menambah kekuatan benteng pertahanan negara.

Iklan
Iklan

"Disebabkan itu, isu rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di dalam negara kita ni perlu dihentikan dengan segera dan dicari akar puncanya.

"Anak muda perlu menggunakan peluang dan isu ini dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk memastikan negara dipimpin oleh individu berwibawa, berintegriti, bebas daripada unsur rasuah dan salah laku urus tadbir,” katanya.

Iklan

Ahmad Fadhli berkata sedemikian ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Pemuda Pas ke-63 di sebuah hotel, di sini, pada Khamis.

"Antara puncanya, adalah campur tangan kerajaan terdahulu terhadap pendirian yang dibuat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir hingga menyebabkan projek ini terbengkalai perlu dipandang serius,” katanya.

Iklan

Menurut beliau, campur tangan politik yang keterlaluan menyumbang kepada projek ini tidak dapat disiapkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

Tambah Ahmad Fadhli, kerosakan yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan tidak boleh dinafikan dan kesannya masih dirasai oleh rakyat sehingga sekarang.