Pegawai khas PM buat laporan polis terhadap Lokman Adam

Iklan
Kamarul Zaman pada Khamis membuat laporan polis terhadap Lokman kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Ismail Sabri. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pegawai Khas Perdana Menteri pada Khamis membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dr Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis itu di Balai Polis Presint 7 di sini pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis, Kamarul Zaman mendakwa Lokman Noor Adam telah membuat fitnah terhadap Perdana Menteri menerusi satu siaran langsung Facebook mengenai kandungan 'perjanjian' Ismail Sabri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Daerah Sepang dan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan terdapat laporan berkaitan kes berkenaan. - Bernama

Iklan
Iklan