Bonus menanti sepak takraw PP

Iklan
Semua pemain sepak takraw Pulau Pinang bawah 18,15 dan 12 tahun bergambar bersama selepas kejohanan MSSM 2019 tamat.

GEORGETOWN - Pasukan sepak takraw Pulau Pinang bakal menerima bonus dari penajanya, DFZ Agency Sdn Bhd apabila berjaya meraih dua emas pada Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2019 di Paroi baru-baru ini.

Pada kejohanan tersebut, mereka meraih dua pingat emas menerusi acara antara regu dan 'double' bawah 18 tahun manakala satu pingat perak menerusi acara berpasukan bawah 15 tahun.

Iklan
Iklan

Pengerusi Teknik Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP), Zulkarnain Hassan Sidek berkata, pasukannya meletakkan sasaran untuk mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi mereka pada tahun 2018 di kejohanan yang sama.

Menurutnya, pasukan bawah 18 tahun sepak takraw Pulau Pinang membuktikan kualiti yang ada pada mereka apabila mempertahankan rekod tersebut.

Iklan

Sebelum ini, pada program bersama pasukan sebelum berlepas ke Paroi, Ketua Pegawai Eksekutif DFZ Agency Sdn Bhd, Abd Hafiz Abd Majid mengumumkan bonus kepada setiap pingat jika berjaya mempertahankannya dan dibawa pulang ke negeri ini.

Syarikat tersebut telah menaja pasukan berkenaan sejak tiga lalu malah turut memberi tumpuan kepada sukan-sukan pembangunan lain seperti bola sepak dan futsal.

Iklan

"Misi kami adalah untuk memberi tumpuan dan membangunkan sukan-sukan utama di Pulau Pinang terutamanya di peringkat akar umbi.

"Ini adalah satu cara kami membantu dan berkongsi dengan harapan bukan sahaja sepak takraw kembali bangkit di negeri ini tetapi juga mahu melihat kebangkitan semula pasukan sepak takraw negara," katanya.

Dalam pada itu, syarikat tersebut juga merupakan penaja kepada pasukan Penang Black Panther yang beraksi di Sepak Takraw League (STL) yang muncul juara bagi musim 2018.