KEJOHANAN badminton Terbuka Hong Kong yang dijadualkan pada November ini dibatalkan untuk tahun ketiga berturut-turut berikutan pandemik Covid-19 yang masih berterusan dan kerumitan langkah kuarantin dalam bandar.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketika mengesahkan perkara itu berkata, Persatuan Badminton Hong Kong (HKBA) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan kelulusan khas bagi melonggarkan beberapa sekatan untuk peserta.