Pengarang ‘Bilion Dollar Whale’ imbas kediaman Rosmah diserbu

Iklan
Tangkap layar ciapan Tom Wright pada Khamis.

SHAH ALAM – Pengarang bersama buku skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ‘Billion Dollar Whale’, Tom Wright mengimbas kembali panggilan telefon dilakukannya terhadap seorang ahli perniagaan di negara ini selepas kediaman Datin Seri Rosmah Mansor diserbu polis pada tahun 2018 dan membolehkannya menjadi seorang yang kaya.

Menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis, Tom turut mengaitkan mengenai 567 beg tangan yang ditemui dalam serbuan di kediaman Rosmah dan nama ahli perniagaan berkenaan terdapat pada sekumpulan kotak yang disumbat dengan beg berjenama Birkins.

Iklan
Iklan

"Ingat 567 beg tangan yang ditemui di apartmennya di Kuala Lumpur? Nama ahli perniagaan ini terdapat pada sekumpulan kotak yang disumbat dengan Birkins. Dia telah memberikan mereka (Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai hadiah.

"Saya mengenali ahli perniagaan ini dan mempunyai hubungan mesra dengannya.

Iklan

"Isterinya, semasa makan malam di Joel Robuchon, Resort World di Singapura menyatakan keraguan yang mendalam tentang Rosmah,” katanya sambil tidak mendedahkan nama ahli perniagaan tersebut.

Tom turut menyiarkan tangkap layar perbualannya dan mendedahkan bahawa beliau menghubungi ahli perniagaan terbabit selepas melihat namanya ada di dalam kotak berkenaan.

Iklan

"Saya harus mengatakan dia amat marah dan tidak pernah melihat kemarahan ini sepanjang menjadi wartawan sebelum atau sejak itu. Saya terketar-ketar sambil menutup telefon," ceritanya.

Dakwanya, untuk memenangi kontrak, ahli perniagaan berkenaan terpaksa memberikan beg jenama Birkins kepada Rosmah dan isterinya amat membenci tindakan itu.

Menerusi tangkap layar yang disiarkan, Tom berkata, ahli perniagaan tersebut juga pernah mengugut melaporkannya kepada pihak polis.

"Saya tidak pasti bagaimana kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) memudahkan beliau membuat laporan polis terhadap saya yang bertanyakan soalan tentang bagaimana rasuah Rosmah berfungsi.

"Kisah ini menunjukkan bagaimana demokrasi di Malaysia pada tahun 2018, tidak membawa ahli perniagaan berkenaan menampilkan diri dan membantu saya mendedahkan lebih banyak tentang Rosmah,” ujarnya.

Jelasnya, semua orang terperangkap dalam satu sistem di bawah Najib dan Rosmah yang apabila ia runtuh, semua akan menjauhkan diri masing-masing.