Maszlee syukur pendedahan isu projek solar hibrid telah terbukti

Iklan
Dr Maszlee - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB (Gambar kecil: Hantaran Maszlee di Facebooknya pada Khamis.)

SHAH ALAM – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melahirkan rasa syukur susulan pendedahan dan apa yang dibawakan olehnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis mengenai isu projek solar hibrid pada 2018 ketika di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah terbukti pada Khamis.

Menurutnya, kezaliman mengambil hak anak-anak Malaysia di Sarawak yang bergelut dengan kepayahan demi menimba ilmu akhirnya terbalas.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, kebenaran akhirnya tertegak, keadilan akhirnya terlaksana.

Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Iklan

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah diakhir kes pembelaannya.

Dalam pada itu, Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam turut berharap agar lebih ramai koruptor dan kleptokrat akan menerima hukuman setimpal dengan jenayah mereka.

Iklan

"Semoga ada sinar buat Malaysia yang lebih bersih,” ujarnya.