KUALA LUMPUR – Suasana bilik bicara dua Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bertukar hiba apabila Datin Seri Rosmah Mansor menangis ketika diberi peluang untuk merayu agar diringankan hukuman selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.
Rosmah yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurung berselendang kuning dilihat mengesat air mata, menggunakan tisu yang diberi oleh anak perempuannya, Nooryana Najwa.
Isteri bekas Perdana Menteri itu pada mulanya cuba menahan sebak namun selepas menyebut mengenai penderitaan yang dialami keluarganya, esakan wanita itu kedengaran dengan lebih jelas.
Beliau yang berdiri dalam kandang tertuduh berseorangan, merayu agar mahkamah menunjukkan sifat kemanusiaan dan belas kasihan padanya.
"Mereka sudah buat pada suami saya supaya kami menanggung sengsara, anak-anak saya menderita.
Beliau turut menyerahkan segalanya kepada ALLAH kerana itu sahaja jalan akan menentukan yang mana betul dengan yang salah.
Menurutnya, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk meminta rasuah atau menyeleweng wang dari mana-mana pihak.
Rosmah turut menyatakan mudah rasa tersentuh dengan sifat kanak-kanak seawal usia empat tahun, berlari tanpa hala tuju.