Nelayan Kinabalu

Iklan
Pemandangan Gunung Kinabalu jelas kelihatan berikutan keadaan cuaca yang baik di jeti nelayan Kampung Tanjung Aru hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sesawangnya melaporkan kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan ENSO adalah La Nina dan dijangka akan berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Pada masa ini, kelembapan udara rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil sekaligus kurangnya pembentukan awan hujan.

Bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan petir disebabkan oleh fenomena garis badai (squall kine) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.