KOTA TINGGI - Dua lelaki dan seorang wanita dalam lingkungan usia awal 20-an dipercayai sesat ketika mendaki Gunung Panti, di sini petang Khamis.
Pegawai Bomba Kanan II KUP, Nasrul Jalil berkata, laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang memaklumkan menerusi telefon bahawa mereka tersesat ketika dalam perjalanan turun dari gunung tersebut pada 4.53 petang.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memulakan pendakian pada 7 pagi dan dipercayai sudah biasa dengan aktiviti tersebut.
"Seramai 10 anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dihantar ke lokasi kejadian dan difahamkan terdapat dua lelaki dan seorang wanita yang mula mendaki sejak pagi tadi (Khamis), dipercayai sesat.
"Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa masih boleh dihubungi cuma mereka tidak menjumpai jalan untuk keluar dari gunung berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, PKO bertindak menjalankan operasi pencarian dan usaha mengesan mangsa sedang giat dilakukan di sekitar kawasan tersebut. - Bernama
Artikel Berkaitan