1,400 penduduk kepulauan dididik rancang kehamilan

Iklan
Antara peserta yang hadir pada Program Kesedaran Kesihatan Wanita, Perancangan Keluarga dan Pencegahan Kanser Serviks di Tumpat. - Foto ihsan USM

TUMPAT - Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi pakar Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) memberi fokus mendidik masyarakat pedalaman antaranya 1,400 penduduk di 13 kepulauan di sini untuk merancang kehamilan.

Pensyarah Jabatan O&G, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Dr Engku Husna Engku Ismail berkata, mustahak untuk meningkatkan pengetahuan komuniti penduduk pedalaman mengenai kepentingan penjagaan kesihatan wanita dan kaedah perancang keluarga.

Iklan
Iklan

"Kadar kesedaran mengenai perancangan kehamilan dalam kalangan rakyat masih rendah lebih-lebih lagi melibatkan penduduk di kawasan luar bandar.

"Kehamilan yang tidak dirancang boleh membahayakan kesihatan ibu dan kandungan bahkan meningkatkan kos sara hidup, menjejaskan emosi ibu bapa, hubungan suami isteri serta kekeluargaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada akhbar di sini, pada Jumaat.

Iklan
Wanita di kepulauan yang hadir menyertai Projek Kesedaran Kesihatan Wanita, Perancangan Keluarga dan Pencegahan Kanser Serviks di Tumpat. - Foto ihsan USM

Dr Engku Husna berkata, Projek Kesedaran Kesihatan Wanita, Perancangan Keluarga dan Pencegahan Kanser Serviks yang diadakan selama dua hari di Pulau Teluk Renjuna sini pada Sabtu serta Ahad lalu mendapat kerjasama Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan (ReHAK), Prihatin @WeCareTumpat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat.

"Kami juga memberikan nasihat berkaitan pemakanan yang betul semasa mengandung dan pendarahan selepas putus haid (menopaus).

Iklan

"Turut dijalankan pemeriksaan kesihatan, payu dara, pdan saringan ujian pap smear,” katanya.

Tambah beliau, program mendapat sambutan memberangsangkan dan dihadiri lebih 400 wanita di kepulauan itu walaupun peserta terpaksa menaiki bot dari pulau masing-masing.

"Ini bukti mereka berminat dengan isu kepentingan penjagaan kesihatan dalam tempoh usia sebelum remaja, semasa remaja, wanita dan di peringkat warga emas.

"Saringan pap smear yang dijalankan bertujuan mengesan kanser serviks dan melakukan pencegahan awal kerana barah itu antara penyebab tinggi kematian wanita di Malaysia,” katanya.