Terbuka AS: Swiatek kecewakan Stephens

Iklan
Iga Swiatek

PEMAIN nombor satu dunia, Iga Swiatek mengecewakan corak permainan bertahan bintang tuan rumah, Sloane Stephens untuk menempah slot pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS), 6-3, 6-2 pada penampilan sulungnya di Stadium Arthur Ashe, New York.

Tampil dengan status juara 2017, Stephens sekali lagi gagal mengekang penguasaan agresif dipamerkan bintang tenis Poland tersebut yang sebelum ini pernah menewaskannya di pusingan ketiga Terbuka Cincinnati bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Malah saya percaya persembahan di New York adalah lebih baik daripada di Cincinnati sebelum ini," kata pemain berusia 21 tahun itu.

Untuk rekod, juara dua kali Terbuka Perancis itu bakal berdepan seorang lagi pemain tuan rumah, Lauren Davis yang mengejutkan pilihan ke-28, Ekaterina Alexandrova 0-6, 6-4, 7-6 (10-5).

Iklan

Sementara itu, Swiatek juga berharap dapat menumbangkan Davis di hadapan penonton tuan rumah pada pusingan seterusnya.

"Sebenarnya ia sesuatu yang amat mengagumkan apabila dapat berada di tingkat bawah stadium ini bukan di tempat duduk penonton semasa menewaskan lawan," katanya.

Iklan