KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Sekuriti (SC) menegur dan mengenakan denda berjumlah RM2 juta terhadap bekas perunding unit amanah, Harani Kamarudin atas kesalahan menipu pelabur antara November 2012 hingga November 2019, menyebabkan mangsa kerugian RM1.32 juta.
SC dalam kenyataan pada Jumaat berkata, sebahagian daripada penipuan yang dilakukan oleh Harani untuk memikat mangsa melabur dengan beliau antaranya, membuat pernyataan palsu mengenai sifat dan ciri-ciri pelaburan serta jaminan hasil pelaburan dan pulangan tertentu kepada mangsa, yang tidak menjadi kenyataan.