Peranti siswa diedar esok

Iklan
Program Peranti Siswa akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Mahasiswa universiti awam dan swasta dijangka akan memperoleh sebuah tablet terkini jenama Samsung pada Sabtu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemberian peranti tersebut di bawah Program Peranti Siswa akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada jam 2.30 petang

Iklan
Iklan

"Setiap penerima bakal mendapat tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing, papan kekunci dan stylus pen. Tahniah kepada yang terpilih," tulisnya di Facebook pada Jumaat.

Permohonan Peranti Siswa fasa kedua dibuka bermula 1 Ogos lalu sehingga 30 September ini, sementara fasa satu dijangka mula diagihkan kepada pelajar yang layak pada hujung bulan ini.

Iklan

Bagi fasa kedua, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.

Iklan