Rumah jadi tempat simpan arak tidak bercukai

Iklan
Yu Min (tengah) bersama pegawai kastam menunjukkan minuman keras yang berjaya dirampas menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Tamparuli Togop, Tamparuli.

KOTA KINABALU - Taktik penyeludup menggunakan sebuah rumah kampung di Jalan Tamparuli Togop, di sini sebagai lokasi transit penyimpanan minuman keras tidak bercukai gagal mengaburi pihak berkuasa apabila diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Sabah, Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 8 malam itu, pelbagai jenis minuman keras bernilai lebih RM600,000 dirampas sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sabah bersama Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra).

Iklan
Iklan

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Cheong Yu Min berkata, ketika serbuan dijalankan, tiga lori ditemukan berada di pekarangan rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak 31,775.04 liter minuman keras ditemukan disyaki barang-barang tidak bercukai dengan anggaran RM123,450.03 serta anggaran duti serta cukai yang terlibat RM495,849.81," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Penguatkuasaan di Sepanggar di sini, pada Jumaat.

Iklan
Minuman keras disimpan dalam tiga lori jenis tiga tan berjaya dirampas dalam serbuan di Jalan Tamparuli Togop, Tamparuli.

Ujar beliau, tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana rumah dalam keadaan berkunci dan tidak berpenghuni.

"Modus operandi bagi kes ini adalah menyimpan barang-barang tidak bercukai di dalam rumah yang dijadikan sebagai transit sebelum minuman itu diedar dengan menggunakan lori tiga tan jenis 'bonded truck' bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.