Astro bawakan aksi terbaik Qatar 2022

Iklan
Dari kiri: Euan Smith bersama legenda bola sepak Mark Schwarzer dan Phillip Cocu selepas Majlis The Quest For The World Cup 2022.

ASTRO membarakan lagi kehangatan Piala Dunia Qatar 2022 pada November ini apabila menyediakan akses percuma di televisyen dan aplikasi Astro GO untuk semua 64 aksi temasya sukan bola sepak berprestij dunia tersebut.

Malah menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Televisyen, Euan Smith, pelanggan Pek Sukan Astro juga berpeluang menikmati 37 perlawanan Qatar 2022 eksklusif di Astro.

Iklan
Iklan

"Sebagai Home of Sports, kami sangat teruja untuk menawarkan pelanggan Pek Sports Astro pengalaman menonton Qatar 2022 yang paling premium dan komprehensif.

"Kami akan menayangkan semua 64 perlawanan secara langsung dengan 37 daripadanya adalah eksklusif di Astro melalui tiga saluran yang dikhususkan, dua dalam HD dan satu dalam UHD

Iklan

"Perlawanan peringkat kumpulan paling menarik boleh disaksikan secara eksklusif di Astro termasuk aksi Belanda-Senegal, England-Wales dan Korea Selatan-Portugal,” katanya.

Jelas Euan Smith, pelanggan juga boleh menikmati Julat Dinamik Tinggi (HDR) sekiranya menggunakan Ultra Box Astro.

Iklan

Menurutnya, para penonton juga boleh menonton semula perlawanan pasukan kegemaran masing-masing dengan menggunakan Cloud Record sekiranya terlepas perlawanan tertentu.

"Menjelang Qatar 2022, peminat boleh menikmati kandungan sukan terbaik kami. Kami menyiarkan Liga Perdana Inggeris, Formula 1, Liga Juara-Juara dan Liga Europa, LaLiga, tenis Terbuka AS dan DFB Pokal (Piala Jerman) dalam definisi 4K UHD. Peminat sukan juga boleh mengikuti kejuaraan MotoGP, NBA, BWF, UFC, ATP Tours, tenis Grand Slam dan banyak lagi.

"Kami teruja untuk berkongsi bahawa kami akan membawa barisan legenda bola sepak yang menarik ke studio untuk menyampaikan pengetahuan mengenai perlawanan-perlawanan terbaik bersama-sama dengan kemaskini berita dan program sorotan perlawanan.

"Pelanggan Pek Sport kami boleh bertemu legenda-legenda ini di pesta tontonan dan acara Meet and Greet eksklusif semasa Qatar 2022. Nantikan butiran lanjut dan peraduan eksklusif lain di Astro Rewards,” katanya.

Pada masa sama juga pelanggan Astro juga boleh menyertai pencarian harta karun The Quest bersama Astro yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Kuantan, Pahang.

Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang termasuk barangan eksklusif Piala Dunia FIFA. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.astro.com.my.