Pengerusi SPR mohon maaf

Iklan
Azhar Azizan

PUTRAJAYA - Susulan kenyataan kontroversi terhadap pengundi Kelantan yang tinggal di luar negeri itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun tampil memohon maaf secara terbuka, hari ini.

Tanpa mengulas panjang, Azhar Azizan berkata, pihaknya akan memberikan perkhidmatan mengikut peraturan undang-undang bagi memastikan urusan pilihan raya dilaksanakan dengan bersih, telus, adil dan berintegriti.

Iklan
Iklan

"Saya selaku Pengerusi SPR dengan rendah diri memohon maaf kepada pengundi Kelantan berhubung kenyataan disiarkan pihak media sebelum ini berkaitan isu melibatkan pengundi di luar negeri itu," katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina orang Kelantan, ini pesan Pas kepada Pengerusi SPR

Iklan

Sebelum ini, Azhar Azizan dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat dia mendaftar sebagai pengundi walaupun tinggal di tempat lain.

Disebabkan perkara itu, katanya, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri ini untuk mengundi menyokong hudud, sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.

Iklan

Media melaporkan perkara tersebut berdasarkan ciapan di Twitter miliknya sebelum beliau bertindak memadamkan akaunnya berikutan kritikan hebat yang dilontarkan warganet.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyatakan Azhar sepatutnya berkecuali daripada mengeluarkan kenyataan penghinaan berbaur politik kerana jawatan yang disandang.

Menurutnya, Pengerusi SPR itu perlu sedar bahawa rakyat Kelantan paling ramai di universiti, begitu juga pegawai tadbir, malah terdapat pusat pengajian pondok di negeri itu.