Pembantu rumah didera, tidak dibayar gaji

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendedahkan pembantu rumah yang didera majikannya sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Selayang tidak dibayar gaji sejak mula bekerja, pada tahun 2019.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, nilai tunggakan gaji pembantu rumah tersebut hampir RM32,000.

Iklan
Iklan

"Majikan yang disyaki adalah pasangan suami isteri di Batu Caves, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, majikan diingatkan agar tidak bertindak di luar sifat perikemanusiaan terhadap pekerja mereka termasuk pembantu rumah.

Iklan

"KSM tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk kekerasan dan penindasan terhadap pekerja tidak kira warga tempatan mahupun asing," tegas Saravanan.

Ujarnya, tindakan tegas akan diambil sekiranya majikan didapati gagal mematuhi perundangan perburuhan termasuk perbuatan yang bercanggah dengan elemen-elemen buruh paksa.

Iklan

"Mulai sekarang, KSM tidak akan melindungi identiti mana-mana majikan yang didapati bertindak diluar batas kemanusiaan meskipun ianya masih di dalam peringkat siasatan.

"Saya percaya dengan usaha ini, para majikan akan lebih peka dengan tindakan yang diambil terhadap pekerja mereka," katanya.

Seorang wanita wanita warga Indonesia dilapor bukan sahaja dikurung dan dipantau ketat, malah ditampar serta dicederakan menggunakan kayu di muka sehingga mengakibatkan lebam.

Dia juga bekerja secara 'percuma', sesen pun tidak dibayar.

Lebih buruk lagi, mangsa turut didakwa disimbah air panas sehingga melecur teruk di belakang badan dan berat badannya menyusut sehingga 30 kilogram dipercayai akibat kekurangan zat.

Perbuatan kejam itu terbongkar apabila mangsa yang tidak tahan diseksa akhirnya mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan mendapatkan bantuan orang awam sebelum dibawa ke balai polis, jam 11 pagi Selasa lalu.