DBKL rugi RM700,000 pokok hiasan rosak

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan sebanyak RM700,000 kerugian direkodkan bagi pokok hiasan yang rosak ketika perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 pada Rabu.

Datuk Bandarnya, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, ia disebabkan oleh jumlah pengunjung yang luar biasa hadir untuk menyaksikan perarakan tersebut di ibu kota.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, selain kerosakan pokok hiasan, terdapat banyak sampah seperti botol minuman di tepi jalan dan kawasan landskap ditinggalkan oleh pengunjung yang hadir pada hari tersebut.

Mahadi ketika ditemui media selepas Malam Penghargaan Media Kuala Lumpur 2022 di Mandarin Oriental Hotel pada Jumaat.

"Kita sedang mencari jalan untuk menguruskan perkara ini, ia merupakan cabaran yang perlu kita tangani.

Iklan

"Perkara ini menjadi pengajaran kepada DBKL dan mesyuarat 'post mortem' (bedah siasat) akan diadakan pada minggu hadapan untuk membincangkan dari segi persiapan, pengendalian untuk membantu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) menguruskan Hari Kemerdekaan Malaysia.

"Dari situ kita akan keluarkan (pelan) tindakan dan penyelesaian jika kita mengadakan acara lain di Dataran Merdeka pada masa akan datang," katanya ketika selepas Malam Penghargaan Media Kuala Lumpur 2022 di Mandarin Oriental Hotel di sini pada Jumaat.

Iklan

Pada Rabu, sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 yang disambut meriah di Dataran Merdeka 'ternoda' apabila landskap malar hijau yang diuruskan DBKL musnah akibat dipijak.

DBKL melalui Facebooknya menyindir sikap sesetengah warga kota yang langsung tidak mempedulikan landskap yang ditanam pelbagai jenis pokok di atas pembahagi jalan sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut.