Bekas Presiden Gotabaya Rajapaksa kembali ke Sri Lanka

Iklan
Gotabaya Rajapaksa

NEW DELHI - Bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke luar negara ketika penunjuk perasaan menyerbu rumah dan pejabatnya Julai lalu, telah kembali ke tanah air.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandranaike (BIA) Colombo pada Jumaat sambil diiringi beberapa menteri dan ahli politik, lapor media tempatan.

Iklan
Iklan

Gotabaya tiba dari Thailand dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines.

Gotabaya secara rasmi meletak jawatan sebagai presiden ketika berada di luar negara, memberi laluan kepada perdana menteri ketika itu Ranil Wickremesinghe untuk menjadi presiden baharu Sri Lanka.

Iklan

Sri Lanka, gagal melunaskan hutang asing pada April, menyaksikan kadar inflasi melonjak kepada 64.3 peratus pada Ogos.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin memaklumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian awal untuk memberi pinjaman US$2.9 bilion kepada Sri Lanka bagi membantu negara itu pulih daripada krisis ekonominya. - Bernama

Iklan