Benteng United belum cukup mantap

Iklan
Ten Hag memberikan arahan kepada pemain United. - Foto Getty Images

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan benteng pertahanan skuad kendaliannya itu masih belum cukup mantap menjelang aksi berdepan Arsenal di Old Trafford pada Ahad.

Menurut Ten Hag, biarpun skuad The Red Devils itu berjaya memastikan gawang tidak dibocori dalam dua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini, ia bukannya jaminan bagi mengekang asakan-asakan daripada jentera serangan The Gunners.

Iklan
Iklan

"Saya telah melihat aksi bertahan yang baik dipamerkan oleh benteng pertahanan, namun saya pasti masih ada yang perlu diperbaiki.

"Apa pun ketika ini pemain di setiap posisi dilihat saling bekerjasama dan ini membuatkan pasukan lawan sukar untuk mencipta peluang,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, United kini berada pada kedudukan kelima dengan sembilan mata setelah mengharungi lima perlawanan.

Sementara itu, Ten Hag masih belum pasti untuk menurunkan dua pemain baharu United melibatkan bekas pemain sayap Ajax Amsterdam, Antony dan bekas penjaga gol Newcastle United, Martin Dubravka untuk beraksi berdepan Arsenal.

Iklan

Katanya, keputusan akhir mengenai kesebelasan utama yang bakal beraksi hanya akan diputuskan selepas sesi latihan terakhir menjelang perlawanan.

"Kedua-dua mereka sudah mula mengikuti latihan sejak kelmarin dan kita akan adakan sesi khas untuk pasukan selepas itu.

"Pada kebiasaannya, ketika itulah kita akan umumkan pemain yang bakal beraksi,” katanya.