Pasaran modal domestik negara terus berkembang

Iklan
Pengerusi Bursa Malaysia,Tan Sri Abdul Wahid Omar (dua, kanan) menyampaikan cenderamata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempena Majlis Perasmian Karnival Saham Pahang Bersama Bursa Malaysia di Kompleks Yayasan Pahang, pada Sabtu.

AKTIVITI pengumpulan dana bagi pasaran modal domestik negara kekal teratur dengan RM6.3 bilion diperoleh dalam pasaran ekuiti setakat Julai tahun ini.

Pengerusi Bursa Malaysia,Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pengembangan berterusan pasaran modal domestik itu menyediakan peluang simpanan alternatif dan instrumen pelaburan lebih meluas kepada segmen runcit selain membolehkan orang awam melabur dalam pasaran modal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selaras dengan perkembangan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, pasaran modal domestik memerlukan lebih banyak penyertaan pelabur runcit bagi memangkin pertumbuhan ekonomi.

"Di Pahang, terdapat 34 buah Syarikat Senaraian Awam yang terlibat dengan aktiviti di negeri ini dengan jumlah permodalan pasaran RM108.5 bilion.

Iklan

"Dari segi perbandingan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah permodalan pasaran kesemua 34 buah syarikat terbabit adalah sebanyak tujuh peratus," katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Karnival Saham Pahang bersama Bursa Malaysia di Kompleks Yayasan Pahang, pada Sabtu.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah.

Iklan

Abdul Wahid berkata, bagi segmen runcit secara amnya, purata nilai dagangan

harian (ADV) dalam kalangan pelabur runcit menunjukkan penurunan dari RM1.6 bilion pada 2020 kepada RM1.3 bilion tahun lalu.

Menurutnya, penglibatan Pahang masih berada di tahap rendah.

Justeru, Karnival Saham Pahang bersama Bursa Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha dalam memberi kesedaran kepada masyarakat di negeri itu mengenai pelaburan awal, sekali gus meningkatkan bilangan pelabur runcit dalam pasaran modal.

Sementara itu Wan Rosdy dalam ucapan perasmiannya berkata, berdasarkan maklumat Bursa Malaysia, jumlah akaun 'Central Depository System' di negara ini lebih 2.77 juta akaun manakala akaun di Pahang hanya 67,878 atau 2.45 peratus.

Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 42,447 atau 62.53 peratus akaun aktif.

"Keadaan itu meletakkan Pahang pada kedudukan ke-10 dan kita sasarkan untuk mengubah kedudukan ini untuk berada pada kedudukan kelima pada masa akan datang.

"Data ini akan menjadi petunjuk dan panduan kepada pembuat dasar dan pemimpin ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang pelaburan sebagai sumber pendapatan," katanya.