Rins marah pengiring kerana terbabas

Iklan
Perang mulut antara Rins (kanan) dengan salah seorang pengiring yang dikatakan menjadi punca beliau terbabas pada sesi latihan bebas pada Sabtu. - Foto DAZN

PELUMBA Suzuki, Ecstar Alex Rins mengalami kemalangan sewaktu sesi latihan bebas menjelang saingan Grand Prix (GP) Motosikal (MotoGP) San Marino di litar Misano pada Sabtu, tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya memarahi pengiring.

Menurut pelumba Sepanyol berusia 27 tahun itu, pengiring berkenaan menjadi punca utama dia terbabas pada sesi latihan tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya terbabas pada sesi latihan itu apabila ‘bertembung’ dengan salah seorang pengiring bagi perlumbaan kali ini.

"Saya sudah pun ‘bercakap’ dengan pengiring tersebut dan sangat marah kepadanya.

Iklan

Berdasarkan kepada rakaman kamera televisyen, Rins dikatakan telah mengangkat tangan bagi memberikan isyarat kepada salah seorang pengiring berkenaan sebelum terbabas.

Akibat kemalangan itu, Rins bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan telah memohon maaf kepada pengiring tersebut atas tindakannya.

Iklan
Keadaan Rins setelah terbabas pada sesi latihan bebas berkenaan. - Foto Everything Motor Racing

Mengulas mengenai perlumbaan kali ini, Rins mengatakan dia yakin bahawa pasukan Suzuki Ecstar mampu mencatatkan kejayaan kali ini.

Katanya yang kini berada di tangga kelapan dalam siri kejuaraan dunia, setakat ini kesemua latihan berjalan dengan lancar dan jentera miliknya juga dalam keadaan baik bagi mengharungi perlumbaan berkenaan.

"Hari ini (Sabtu), merupakan hari yang baik, cuma tumpuan saya sedikit terganggu dengan akibat insiden terbabas itu," ujar Rins.