Padah provokasi pegawai imigresen, dua lelaki didenda RM5,000

Iklan
Khairul Dzaimee

KUALA LUMPUR - Dua lelaki tempatan didenda RM5,000 setiap seorang selepas didapati bersalah melakukan provokasi terhadap pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Selasa.

Tertuduh, Mior Abdul Maheer Mior Muhammad, 32, dan Jason Soo Kai Soon, 26, mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Keswati Mohamad di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dua individu itu telah dihukum denda RM5,000 setiap seorang kerana melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen yang sedang menjalankan tugas semasa operasi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 10 Ogos lalu.

Menurutnya, salah seorang tertuduh juga telah meludah kepada pegawai imigresen selain kedua-dua turut merakam provokasi yang dilakukan dengan niat untuk mengaibkan petugas operasi.

Iklan

"Hukuman ini dijatuhkan selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 56 (1) (g) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 56 (1) (aa) akta yang sama," ujarnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, sebarang tindakan provokasi dan ancaman kepada mana-mana anggota dan pegawainya yang sedang menjalankan tugas akan diambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Iklan