Hadiah istimewa untuk 500 pengunjung pertama esok

Iklan
Anis Syamila menunjukkan beberapa novel yang kini ‘trending’ di TikTok.

SHAH ALAM – Hadiah istimewa menanti 500 pengunjung pertama pada hari terakhir sempena Jualan Gudang Karangkraf 2022 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Ahad.

Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Anis Syamila Abdul Halim berkata, pemberian hadiah ini sebagai menghargai pengunjung yang datang menyokong terhadap penganjuran program itu yang kali kedua diadakan pada tahun ini.

Iklan
Iklan

"Selain itu, jualan gudang menawarkan pelbagai jenis bahan bacaan dengan harga bermula serendah RM1 selain menawarkan diskaun sehingga 80 peratus.

"Pengunjung juga dapat membeli promosi enam buku pada harga RM20. Lebih menarik sekali orang ramai boleh mendapatkan novel yang kini ‘trending’ dan popular di aplikasi TikTok iaitu buku novel bertajuk ‘Venom Suria’ karya Mazni Aznita dengan harga jauh lebih murah berbanding tempat lain.

Iklan

Jualan Gudang Karangkraf 2022 berlangsung pada 26 Ogos hingga 4 September ini di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 merupakan kali kedua dianjurkan pada tahun ini yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

Pekerja swasta, Siti Zuhairah Mohd Ghazali, 41, menunjukkan buku yang dibelinya di jualan gudang pada Sabtu.

Anis menambah, orang ramai yang sukakan aktiviti mencabar dan berkonsepkan rumah hantu dijemput menyertai aktiviti 'Book Hunt: Rahsia Bilik Gelap' di lobi Kompleks Kumpulan Karangkraf dengan penyertaan adalah percuma.

Iklan

"Aktiviti tersebut pertama kali dianjurkan dan ia memberikan sedikit kelainan serta pengalaman baharu kepada pengunjung yang sukakan aktiviti seram.

"Pengunjung dibekalkan dengan sebuah lampu suluh perlu mencari tiga muka depan novel terbitan Kumpulan Karangkraf mengikut masa ditetapkan,” ujarnya.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf 2022 pada hari kesembilan yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Justeru, Anis berharap lebih ramai pengunjung datang ke jualan gudang terakhir pada Ahad kerana pelbagai hadiah dan aktiviti menarik ditawarkan sepanjang jualan gudang tersebut.

"Kita harap semua dapat memberi sokongan serta menikmati promosi menarik ditawarkan kerana berkemungkinan ia merupakan jualan gudang terakhir pada tahun ini.

"Peminat buku dan novel perlu menunggu tempoh agak lama untuk jualan gudang yang seterusnya. Jadi peminat buku dan novel ambil kesempatan pada cuti hujung minggu untuk datang beramai-ramai ke jualan gudang pada Ahad,” jelasnya.

Tinjauan sekitar Jualan Gudang Karangkraf 2022 pada hari kesembilan yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.