Berani Semuka antara Mukhriz, Zambry ditangguhkan

Iklan
Zambry Abdul Kadir dan Mukhriz Mahathir

SHAH ALAM - Program Berani Semuka bertajuk Gabung Parti: Siapa Dapat Untung? antara Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijadualkan berlangsung pada Isnin ditangguhkan pada satu masa lain yang akan ditetapkan.

Menurut Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris, Sinar Harian bagaimanapun akan terus berhubung dengan kedua-dua pihak untuk mendapatkan satu tarikh baharu bagi menjayakan program tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita sentiasa berhubung untuk mendapatkan perkembangan semasa dengan kedua-dua panel bagi mendapatkan tarikh baharu,” katanya, pada Sabtu.

Untuk makluman, Berani Semuka merupakan program ikonik Sinar Harian yang telah menjadi hos kepada perdebatan begitu ramai tokoh sejak diperkenalkan pada tahun 2020.

Iklan

Berani Semuka pernah menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berhubung isu aset Tabung Haji.

Selain itu, debat antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam ‘Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?’ turut mendapat tumpuan rakyat Malaysia.

Iklan