Tiga bilik darjah musnah terbakar

Iklan
Antara tiga buah bilik darjah yang musnah terbakar dalam kejadian di SMK Seri Ampang, Kampung Datok Keramat di sini pada Ahad. - Foto Bomba KL

KUALA LUMPUR - Tiga buah bilik darjah musnah terbakar dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, Kampung Datok Keramat di sini pada Ahad.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Rozihafizam Othman berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada jam 4.56 pagi.

Iklan
Iklan

"Kejadian bermula di bahagian bumbung melibatkan tiga buah bilik darjah.

"Namun, tindakan pantas anggota bomba dalam operasi pemadaman dengan menggunakan teknik attacking dan deffensive berjaya mengawal kebakaran daripada merebak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Kata beliau, hanya sebuah bilik darjah mengalami kemusnahan sebanyak 100 peratus manakala dua bilik darjah lagi musnah sebanyak 80 dan 30 peratus.

Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak melibatkan kehilangan jiwa.

Iklan