China umum bantuan AS$43.5 juta bantu mangsa banjir Pakistan

Iklan
Tentera Laut Pakistan menyelamat mangsa banjir di Khairpur Nathan Shah, daerah Dadu, wilayah Sindh pada Sabtu. - Foto EPA

NEW DELHI - China akan menyediakan bantuan tambahan sebanyak 300 juta yuan (AS$43.5 juta) kepada Pakistan susulan bencana banjir yang melanda negara itu.

Menurut Kedutaan China di Islamabad pada Sabtu, perkara itu diumumkan Pengerusi Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), Luo Zhaohui.

Iklan
Iklan

Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan itu.

"Ini satu lagi manifestasi hubungan unik kami terutama ketika menghadapi saat yang sukar," katanya.

Iklan

Sebelum ini, China menawarkan bantuan bernilai 100 juta yuan untuk membantu mangsa banjir Pakistan.

Pakistan yang dilanda hujan lebat dan banjir telah menyebabkan 33 juta penduduk terjejas manakala kerugian dianggarkan AS$10 bilion. - Bernama

Iklan