ANKARA - Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin pada Sabtu mengadakan perbincangan menerusi telefon yang antara lain menumpukan kepada isu loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, Ukraine.
Erdogan berkata, berhubung isu loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, Turkiye boleh memainkan peranan sebagai pemudah cara, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Direktorat Komunikasi Turkiye.