'Walau diperli, Pas tetap pilih UMNO, Bersatu'

Iklan
Idris ketika berucap di Majlis Pelancaran Ijtimak Pilihan Raya Pas Pusat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu.

ALOR SETAR - Pas tetap mahu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi agenda penyatuan ummah walaupun menerima pelbagai cercaan dan kata-kata negatif.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas telah menetapkan naratif berkenaan daripada hanya memilih antara satu untuk didampingi ketika ini.

Iklan
Iklan

Katanya, ia adalah usaha ke arah mengutamakan perpaduan demi masa depan generasi akan datang.

"Wartawan selalu tanya, Pas nak pilih yang mana, Bersatu ka UMNO? dak, kami pilih dua-dua.

Iklan

Menurut Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), aspek perpaduan amat perlu diberi perhatian kerana perpecahan yang berlaku mungkin akan mengulangi kejadian pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kalau kita asyik bercakap tentang perebutan kuasa dan jawatan, apa akan terjadi pada anak cucu kita pada masa akan datang?

Iklan

"Kalau berlaku perpecahan dalam kalangan kita, adakah dah terhantuk baru nak tengadah? Fikirkan tentang itu kerana kita tidak mahu apa yang berlaku dalam PRU14 berulang lagi," katanya.

Bagaimanapun, Idris berkata, di pihak Pas, mereka telah melancarkan jentera dan beliau percaya, masing-masing sudah pun melakukan tugas dalam setiap aspek di semua peringkat.