Hanya UMNO boleh cakap pasal parti bukan Pas: Shahril Sufian

Iklan
Gambar kecil: Tangkap layar Facebook Shahril Sufian.

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyatakan bahawa sebarang usaha untuk memecahkan parti tersebut termasuk perbincangan belakang tadbir akan menemui kegagalan.

Menurutnya, apa sahaja keputusan besar diputuskan akan melalui perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang turut membabitkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

Ujar Shahril, tidak mungkin segala keputusan yang dikeluarkan dalam parti tersebut akan mengenepikan pandangan Presiden.

Shahril berkata demikian sebagai membidas dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa terdapat rundingan membabitkan akar umbi partinya dan UMNO tanpa melibatkan Ahmad Zahid yang dianggap tidak memberi kesan serta pengaruh besar.

Iklan

Menurut Abdul Hadi, keputusan Ahmad Zahid untuk menjadikan UMNO terus bergerak solo hanyalah keputusan bersifat peribadi.

Dalam pada itu Shahril mengulas, partinya sedaya upaya mencapai kerjasama yang baik dengan Pas.

Iklan

"Semenjak PAU 2020 lagi parti UMNO sudah berusaha untuk teruskan kerjasama bersama Pas. Sehingga di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, permintaan UMNO hanya untuk Pas menggunakan logo sendiri,” jelas beliau.

Menurutnya, segala jasa baik UMNO terhadap parti Islam yang mempunyai sokongan agak dominan itu hanya dibalas dengan artikel-artikel sinis pimpinannya sejak kebelakangan ini.

Pada masa yang sama, Shahril sekali lagi menegaskan bahawa UMNO tidaklah mencari musuh namun pimpinan Pas menurutnya seakan-akan cuba membuka jurang di antara kedua-dua parti berkenaan.