Pas wajar pertimbang jawatan PM, TPM

Iklan
Mohd Kamal -Foto: Facebook Pas pusat

ALOR SETAR – Pas Kelantan menyarankan pimpinan parti supaya mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Perwakilan Kelantan yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Kamal Mohamed berkata, ia wajar harus dipertimbangkan disebabkan kepimpinan parti itu mempunyai kewibawaan, integriti dan yang bebas rasuah.

Iklan
Iklan

Beliau berpandangan Pas tidak meminta walaupun ramai kepimpinan Pas yang sebenarnya boleh diketengahkan dan memiliki kelayakan untuk jawatan utama itu.

"Pas jauh daripada perebutan kuasa. Buktinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri mengaku Pas tidak pernah meminta jawatan Perdana Menteri atau Timbalan.

Iklan

"Pas mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah pada Ahad.

Menurut Mohd Kamal, Pas memiliki nilai integriti tinggi dan bebas rasuah sekali gus menjadikan ia contoh terbaik terutama dalam kalangan pengundi muda.

Iklan

Beliau berkata, ia ternyata berbeza dengan pemimpin daripada parti lain termasuk dalam Pakatan Harapan (PH) yang terlibat dalam kes rasuah.

Mohd Kamal turut mencadangkan Pas untuk memberi peruntukan tambahan melibatkan pemerkasaan media sosial jentera parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk menarik pengundi muda.

Dalam perkembangan sama, Mohd Kamal turut mencadangkan supaya Pas menyiapkan jentera dengan penguasaan teknologi digital atau IR 4.0.

Beliau memberi contoh berhubung inisiatif Pas melancarkan ‘Hub Digital Rakyat’ dengan peruntukan sebanyak RM 1.4 juta untuk manfaat anak muda.