Desak kerajaan selesaikan isu Sulu

Iklan
Azman. - Foto Facebook Pas Pusat

ALOR SETAR – Kerajaan didesak untuk menyelesaikan isu tuntutan waris kesultanan Sulu yang hangat diperkatakan di media sosial dan memastikan ia tidak berulang kembali.

Perwakilan negeri Sabah, Azman Jupri yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Sabah juga menekankan agar isu tersebut tidak berulang kembali kerana menimbulkan ketakutan buat rakyat Sabah.

Iklan
Iklan

"Ini kerana jika dilihat di 'Google Maps' terdapat sebahagian Sabah yang digambarkan seolah-olah berada di bawah pentadbiran kerajaan Filipina.

Bagaimanapun, Azman berkata, Pas Sabah optimis dan yakin dengan kepimpinan pada hari ini mampu untuk menyelesaikan isu ini dan memberikan signal positif khususnya buat Pas Sabah.

Iklan

Beliau turut mengemukakan cadangan supaya Pas membuat permohonan tambahan bantuan dan peruntukan bagi membangunkan Sabah dengan sekurang-kurangnya menyediakan keperluan asas di negeri tersebut.

Jelasnya, Sabah adalah negeri tertinggi menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Iklan

"Alhamdulillah di bawah kerajaan kini khususnya dengan adanya pimpinan Pas turun ke Sabah, memberikan kesan positif kepada negeri Sabah.

"Diharapkan kerajaan dapat memberikan perhatian khusus terhadap isu ini,” kata beliau.