Belum ada amaran banjir di Perak

Iklan
Mohd Zolkafly

SUNGAI SIPUT - Belum ada sebarang amaran banjir dikeluarkan setakat ini di Perak berikutan hujan lebat dan ribut petir yang dijangka berterusan di beberapa daerah.

Exco Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pemantauan mendapati kedudukan paras air sungai dan empangan negeri masih berada di tahap rendah untuk berlakunya banjir terutama di kawasan berisiko.

Iklan
Iklan

"Belum ada lagi (amaran), keadaan sekarang ini kadang hujan sekejap sudah berhenti. Kalau lebat pun tidak lama tidak seperti beberapa bulan lalu yang berlaku hujan luar biasa.

"Buat masa sekarang kebanyakan tempat dinaiki air disebabkan banjir kilat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Mewarna TSV 2022 anjuran bersama Kelas Tabika Perpaduan Zon Sungai Siput (U) di Dewan Rimba Panjang di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diminta untuk melakukan pemantauan di sungai dan empangan bagi memastikan keadaan paras air sentiasa stabil.

"Kalau melebihi hadnya, kita akan maklumkan kepada rakyat untuk mereka bersiap sedia sama ada dari segi pemindahan atau menyelamatkan harta benda di rumah masing-masing," katanya.

Iklan

Pada Ogos lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Perak.

Keadaan itu dijangka berlaku di daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Mengulas lanjut, Mohd Zolkafly berkata, kerajaan negeri merancang untuk menambah sistem siren amaran awal banjir di kawasan sungai utama negeri ini terutama Sungai Perak.

Katanya, langkah itu satu daripada persiapan dilakukan menghadapi risiko banjir besar pertengahan November depan seperti diramal MetMalaysia.

"Memang ada siren yang diletakkan bagi memberi amaran-amaran tertentu kepada mereka yang duduk berhampiran sungai seperti Sungai Perak dan sungai-sungai besar lain.

"Kita akan pertingkatkan siren-siren ini ke keseluruhan kawasan yang sering berlaku banjir untuk beri amaran awal kepada mangsa menghadapi banjir.

"Selain itu, kita juga telah siap siaga mengenalpasti pusat pemindahan, penyediaan makanan dan minuman, kelengkapan untuk mangsa sekiranya berlaku banjir," katanya.