KOTA KINABALU - Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan memberi tumpuan kepada kerusi yang disandang milik parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Bakal presiden parti berkenaan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, PBM akan bekerja keras untuk terus memperkukuhkan kedudukan parti dan menumpukan kepada kerusi yang yang disandang parti itu saja.
Iklan
Iklan
"Sekarang kita baru saja selesai melakukan 'roadshow' di Semenanjung iaitu Perak, Selangor, minggu hadapan di Johor dan Insya-ALLAH di Sabah untuk memperkenalkan parti," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Ahad.
Ditanya mengenai permohonan PBM untuk menyertai BN, Zuraida berkata, PBM sebuah parti fleksibel untuk menyertai mana-mana gabungan parti lain.
"Parti kita kukuh di peringkat akar umbi jadi kita fleksibel pada bila-bila masa untuk bergerak, kita akan uruskan apabila tiba masa ke tahap itu.
"Kami hanya parti kecil ketika ini tetapi dari segi kekuatan, saya fikir ia lebih baik dari beberapa parti lain. Jadi kami melihat kepada gabungan, kami meneliti. kita tidak bimbang kerana ada kekuatan dan ahli. Kita boleh pergi ke mana saja arah (gabungan)," katanya.
Artikel Berkaitan