ALOR SETAR - Aiskrim Durian Musang King hasil tangan usahawan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) antara manisan istimewa buat pengunjung di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah.
Haniza Abdullah, 52, yang mula menjalankan perniagaan aiskrim 'Kimboo Ice Cream' sejak dua tahun lepas di negeri Jelapang Padi itu berkata, aiskrim buatannya tidak mengandungi sebarang pengawet dan pewarna serta hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi.
Mengenai penyertaan dalam Jelajah AKM Negeri Kedah sejak Jumaat lalu, dia berkata, Kimboo Ice Cream berjaya meriah hasil jualan hampir RM3,000 setakat dua hari berniaga walaupun kadangkala hujan sekitar sini.
"Selain Durian Musang King, kami turut sediakan pelbagai perisa termasuk Durian D24, coklat, strawberi, Oreo, asam boi, buah naga, kiwi, mocha, kapucino dan jagung.
"Aiskrim kami jual pada harga RM1.50 hingga RM10, bergantung kepada jenis dan kos bahan mentah...Kita menjaga kualiti sebab buat (aiskrim yang dijual) seperti mana kita nak makan," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.
Haniza berkata, selain menjual dan mengedar aiskrim itu di Kedah, dia turut menjalankan perniagaan secara bayar waktu terima (COD) di beberapa negeri termasuk Perak dan Pulau Pinang.
Berpusat di Bazar Mara Bukit Jenun, Pendang, Haniza turut bergiat aktif mempromosikan perniagaannya dengan menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bulan lepas.
Dia berkata, KEDA turut menyumbang kepada keberhasilan perniagaannya dengan menyediakan mesin pembuatan aiskrim yang boleh menghasilkan 160 batang aiskrim dalam masa 30 minit.
Jelajah AKM Negeri Kedah selama tiga hari yang bermula Jumaat lalu berakhir hari ini (Ahad) dan ia adalah edisi kesembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.
Penganjuran Jelajah AKM bertujuan memudahkan rakyat di setiap negeri mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan kerajaan. - Bernama