Ibu sedih lihat dua beradik rentung berpelukan

Iklan
Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, yang cedera semasa cuba menyelamatkan dua anaknya dalam kebakaran dipapah suaminya pada Sabtu.
JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, di sini pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau pada Ahad.

Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 5.30 petang tadi.

Terdahulu jenazah dua kanak-kanak itu tiba dengan dibawa van ke tanah perkuburan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Dianggarkan lebih 50 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir dalam suasana hiba.

Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, yang cedera semasa cuba menyelamatkan dua anaknya dalam kebakaran dipapah suaminya pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Ibu mangsa Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, ketika ditemui berkata, dia hanya mampu meredai pemergian cahaya matanya itu.

"Saya tidak risau apa-apa sebab anak saya sudah jadi anak-anak syurga.

Semalam, dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik tidur dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 tengah hari. - Bernama