ANMS promosi, sedia makanan sihat mampu milik

Iklan
Tangkap layar ciapan Khairy Jamaluddin di Twitternya pada Ahad

SHAH ALAM - Kerajaan telah berada dalam landasan menjadikan makanan sihat sebagai makanan mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan melalui pelaksanaan agenda tersebut telah menjalin kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pengeluar makanan tempatan.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, langkah agenda itu bertujuan mempromosi dan menyediakan makanan sihat mampu milik untuk rakyat Malaysia.

"Mesti menjadikan makanan sihat mampu milik,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Ahad.

Iklan

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi membalas ciapan yang dikongsikan pakar kardiologi, Dr Beni Isman Rusani pada Ahad.

Beni Isman dalam ciapan pada Ahad mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menjual makanan sihat dengan harga yang berpatutan kepada rakyat terutamanya golongan B40.

Iklan