PETALING JAYA - Kehilangan pelbagai barangan kemas bernilai lebih RM150,000 milik seorang wanita terjawab apabila pembantu rumahnya yang merupakan warga asing diberkas dipercayai mencuri barangan kemas terbabit dalam kejadian di sebuah rumah di Kelana Jaya di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang berumur 40-an itu menyedari kehilangan barangan kemas miliknya kira-kira jam 7.40 malam pada Jumaat.