Parti Kongres India adakan perhimpunan bantah kemelesatan ekonomi

Iklan
Rahul Gandhi. - Foto Internet

NEW DELHI - Parti Kongres yang menjadi pembangkang di India, mengadakan perhimpunan di New Delhi pada Ahad, membantah peningkatan kadar inflasi dan pengangguran negara itu.

Perhimpunan itu dianjurkan menjelang perarakan"Bharat Jodo Yatra" sejauh 3,500 kilometer dari Kanyakumari di selatan India hingga ke New Delhi yang akan diadakan pada 7 September.

Iklan
Iklan

Beribu-ribu penyokong parti pembangkang itu berhimpun di New Delhi untuk mendengar ucapan pemimpin Parti Kongres Rahul Gandhi.

Beliau berkata, hanya ‘dua industrialis’ mengawal kekayaan dan media India, dan katanya perjuangan hari ini antara ‘dua India’ - satu adalah milik rakyat yang miskin, petani dan penganggur manakala satu lagi dikawal bilionair.

Iklan

Rahul juga bimbang dengan ketegangan sosial, kebencian dan kemarahan yang semakin memuncak kerana perkara itu hanya akan menguntungkan musuh negara. - Bernama

Iklan