Sejam bomba pujuk tuan rumah

Iklan
Keadaan pokok tumbang hempap bahagian atas rumah dua tingkat.

KUALA LUMPUR - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang mengambil masa lebih satu jam memujuk pemilik rumah dua tingkat untuk mengalihkan pokok tumbang menimpa rumahnya di Kampung Tasek Permai di sini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, pemilik rumah berusia 60-an itu menghalang kerja pembersihan kerana mahu menyelesaikan tuntutan ganti rugi kerosakan kepada pihak berkaitan.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua BBP Ampang, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim, usaha memujuk akhirnya berjaya kira-kira jam 8 malam namun hanya dahan yang menghalang jalan di hadapan rumahnya dibenarkan untuk dibersihkan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian jam 4.03 petang dan sepasukan anggota bomba dihantar ke lokasi.

Iklan

Anggota bomba tiba di lokasi sebaik menerima panggilan kejadian.

"Pokok balak setinggi 37 meter tumbang menutup jalan dan menghempap sebuah rumah dua tingkat diduduki tiga sekeluarga termasuk pasangan suami isteri.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati rumah berkeluasan 2,400 meter persegi itu rosak 80 peratus di tingkat atas.

"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada mangsa selepas kesemua penghuni berada di tingkat bawah ketika insiden itu berlaku," katanya.

Pokok tumbang menghalang laluan penduduk.


Pokok tumbang timpa rumah dan menutup jalan.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, MPAJ bertindak membersihkan pokok tumbang di rumah tersebut.

"Terdapat empat lokasi pokok tumbang berlaku semalam melibatkan Taman Ampang Saujana, Taman Saga, Kampung Cheras Baru dan Kampung Tasek Permai yang telah diambil tindakan permbersihan.

"Hanya satu kawasan terlibat dengan kerosakan harta benda di Kampung Tasek Permai disebabkan keadaan pokok yang berusia dan reput," katanya.