CEO Selangor marah pengadil beri penalti kepada JDT

Iklan
Johan Kamal

KEPUTUSAN pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Sabtu nyata mengundang kemarahan penyokong tuan rumah.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif skuad gergasi merah, Dr Johan Kamal Hamidon turut menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada pengadil tersebut.

Iklan
Iklan

"Jangan lupa ingat akhirat abang. Jangan aniaya orang lain abang, ingat ada kad kuning kad merah kuat dah abang.

"Ingat anak bini kat rumah tu, tanggungjawab itu besar,” itu antara kata-katanya yang boleh didengari dalam video berdurasi 35 saat itu.

Iklan

Sebelum ini, dalam aksi tersebut, Selangor dan JDT hanya berpuas hati memungut satu mata selepas kedua-dua pasukan seri 1-1, dengan gol pelawat diraih menerusi tendangan penalti yang diberikan Zulkarnain kepada JDT di babak pertama.

Sepakan penalti itu kemudiannya disempurkan Bergson da Silva di minit ke-33 untuk mendahului skuad Red Giants, sebelum anak didik Nidzam Jamil bangkit di babak kedua dengan ledakan Herlison Caion di minit 65.

Iklan