Arsenal dominasi, Manchester United manfaat peluang

Iklan
Rashford menyumbang dua gol ketika membantu Manchester United mengatasi Arsenal di Old Trafford. -Foto: Manchester United

PERLAWANAN berintensiti tinggi Manchester United menentang Arsenal yang menyaksikan penguasaan permainan pasukan pelawat sebanyak 61 peratus di Stadium Old Trafford, berakhir dengan kekalahan 1-3.

Dua gol babak kedua pada minit ke-66' dan 77' jaringan Marcus Rashford membolehkan Manchester United mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut sekali gus menamatkan permulaan sempurna Arsenal pada musim ini.

Iklan
Iklan

Arsenal kendalian Mikel Arteta sebelum itu berpeluang merentap semangat para pemain tuan rumah, namun jaringan Gabriel Martinelli ketika perlawanan memasuki minit ke-12 dibatalkan pengadil Paul Tierney selepas Martin Odegaard mengasari Christian Eriksen.

Permainan tempo dan berkualiti tinggi dijelmakan kedua-dua pasukan babak pertama selepas itu menyaksikan Bukayo Saka akhirnya memadamkan jaringan pendahuluan tuan rumah minit ke-35' babak pertama bintang baharu The Red Devils, Antony.

Iklan

Bagaimanapun jaringan babak kedua Saka di minit ke-60' ternyata tidak menjejaskan mentaliti para pemain Manchester United, sebaliknya dimanfaatkan sepenuhnya persembahan luar biasa Rashford untuk memastikan tiga mata milik tuan rumah.

Kemenangan di depan para penyokong sendiri itu hasil sentuhan pengendali Belanda, Erik ten Hag menyaksikan Manchester United menemui penawar selepas memulakan kempen dengan kekalahan 'mengerikan' kepada Brighton dan Brentford.

Iklan

Sementara itu, ten Hag menyifatkan kemenangan empat perlawanan, termasuk kemenangan ke atas Liverpool dan Arsenal, mengubah mood di Old Trafford.

Malah jelas ten Hag, dia sememangnya gembira dengan ketabahan para pemainnya dalam mengharungi beberapa perlawanan pembukaan musim yang mencabar sebelum ini.

"Semangat daripada pasukan ini, mereka boleh menangani halangan jadi kami melakukannya, ia benar-benar hebat dan menunjukkan mentaliti anda – kami telah benar-benar memperbaikinya.

"Kami gembira dan berpuas hati dengan kemenangan ini, juga prestasi menentang pasukan yang sangat bagus seperti Arsenal malah mereka bermain dengan sangat baik," katanya.

Dalam pada itu Arteta sangat kecewa kerana tidak memenangi perlawanan yang sememangnya mempunyai peluang untuk dimenangi.

"Kami juga kurang disiplin ketika bertahan asakan agresif lawan selain kami tidak cukup 'kejam' ketika berada di depan gol lawan," katanya.