2 maut, 5 cedera insiden tembakan di Virginia, AS

Iklan
Dua orang maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di Norfolk di timur Virginia, AS pada Ahad. - Foto CNN

WASHINGTON - Dua orang maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di Norfolk di timur Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Polis Norfolk memaklumkan, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tembakan di blok 5000 Killam Avenue sekitar tengah malam dan mendapati empat wanita dan tiga lelaki telah ditembak, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Kesemua mangsa dibawa ke hospital, dan dua daripadanya meninggal dunia akibat cedera parah.

Motif kejadian masih disiasat.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya 458 kejadian tembakan dilaporkan di AS setakat tahun ini, memetik data terkini Arkib Keganasan Senjata. - Bernama