Dua dihukum mati bekerjasama dengan Israel

Iklan
Gambar fail menunjukkan askar-askar Israel berada dekat dengan sempadan Gaza. - Foto AFP

BANDAR GAZA - Dua lelaki di Gaza dihukum mati oleh Hamas selepas didapati bekerjasama dengan Israel, kata pergerakan tersebut pada Ahad.

Hukuman itu dilakukan buat kali pertama dalam tempoh lebih lima tahun.

Iklan
Iklan

"Pada pagi Ahad, hukuman mati dijalankan terhadap dua orang yang dikutuk kerana bekerjasama dengan penjajah (Israel) dan tiga lagi dalam kes jenayah,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa defendan-defendan itu telah diberikan hak-hak penuh mereka untuk membela diri.

Iklan

Kedua-dua mereka yang dihukum mati kerana bekerjasama dengan Israel itu adalah lelaki yang dilahirkan pada tahun 1978 dan 1968.

Bagaimanapun, nama kedua-dua lelaki tersebut tidak didedahkan.

Iklan

Lelaki yang lahir pada tahun 1968 itu adalah penduduk Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.

Dia disabitkan kesalahan kerana memberikan maklumat kepada Israel pada tahun 1991 tentang para pejuang Palestin dan kediaman mereka serta lokasi tempat pelancaran roket, kata Hamas.

Lelaki kedua dihukum mati kerana membekalkan maklumat perisikan kepada Israel pada tahun 2001 sehingga menyebabkan kematian syahid penduduk, tambah kenyataan itu.

Tiga lagi yang dihukum mati telah disabitkan dengan kesalahan membunuh, kata kenyataan tersebut. - Agensi