Pembantu rumah durjana, larikan barang berharga majikan

Iklan
Gambar hiasan

KLANG - Seorang wanita kerugian lebih RM14,000 apabila pelbagai barangan berharga miliknya dilarikan pembantu rumah dalam kejadian di sebuah rumah di Meru di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek merupakan wanita warga Indonesia berumur 33 tahun.

Iklan
Iklan

"Mangsa membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari kehilangan barangan miliknya itu kira-kira jam 10.03 malam.

"Antara yang dilaporkan hilang adalah dua tabung syiling serta wang tunai bernilai RM10,000, sebuah komputer riba dan tablet pintar dengan nilai keseluruhan lebih RM14,000," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati suspek baru bekerja dengan mangsa selama dua minggu.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan