Ilustrasi 'Gerakan Petani'

Iklan
Ilustrasi 'Gerakan Petani' yang dipimpin oleh Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Limbong untuk bangkit menentang (pelbagai penindasan oleh) Inggeris termasuklah ketidakadilan undang-undang cukai yang dikenakan ke atas golongan petani dipamerkan di Muzium Negeri Terengganu.

Menurut pensyarah kanan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Madya Dr Abdullah Ibrahim berkata Abdul Rahman Limbong merupakan pejuang Melayu yang merupakan seorang ulama dan beliau menuntut ilmu agama di Mekah dan kemudiannya pulang ke Terengganu dan menjadi seorang guru agama.

Dengan berperwatakan warak serta mempunyai ketokohan ilmu agama, Abdul Rahman Limbong telah berjaya mempengaruhi penduduk di Terengganu pada masa itu untuk bangkit bersama-sama menentang Inggeris.

Beliau juga digambarkan sejarawan sebagai seorang yang memiliki ilmu agama sangat tinggi dan merupakan seorang anak murid kepada tokoh ulama besar Terengganu iaitu Tok Ku Paloh. - Foto Bernama