Tiga beradik teruja dapat kembali ke sekolah
Iklan
Zulkafli (kiri) dan Lip Chee (kanan) menyerahkan surat tawaran kemasukan semula sekolah kepada ibu kepada tiga beradik terbabit, T Mogana Selvi.
BUTTERWORTH - Tiga beradik teruja dapat kembali ke sekolah pada minggu depan selepas terpaksa berhenti pada awal tahun ini disebabkan kesempitan hidup.
Tharmarhaja, 15, dan dua adiknya, Haresh, 10, serta Yoshwin, 8, mengakui sudah tidak sabar kembali ke sekolah untuk berjumpa dengan rakan-rakan selain mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran selepas tercicir beberapa bulan.
Iklan
Iklan
Pelajar Tingkatan Dua itu ketika ditemui berkata, dia telah memaklumkan kepada rakan-rakan akan kembali ke sekolah selepas habis sesi cuti persekolahan pada minggu hadapan.
"Memang rasa seronok kerana boleh kembali ke sekolah dan dapat belajar bersama rakan-rakan.
Iklan
"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga kami hingga membolehkan kami tiga beradik dapat kembali bersekolah dan memberi semangat supaya kami terus mengejar cita-cita demi mengubah nasib keluarga," katanya ketika ditemui media di rumah mereka di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Jajar di sini pada Isnin.
Terdahulu, Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Soon Lip Chee hadir menghulurkan bantuan kelengkapan sekolah termasuk buku rujukan dan latihan kepada tiga beradik berkenaan.
Iklan
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Zulkafli Kamaruddin yang menyampaikan surat tawaran kemasukan semula sekolah kepada ibu kepada tiga beradik terbabit, T Mogana Selvi.
Tharmarhaja akan meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam manakala Haresh dan Yoshwin pula akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal.
Sebelum ini media melaporkan, kesempitan hidup yang dialami menyebabkan seorang ibu di Ampang Jajar di sini terpaksa mengambil keputusan memberhentikan persekolahan tiga daripada empat anaknya, sejak awal tahun ini.
T Mogana Selvi, 39, membesarkan empat anak yang berusia lapan hingga 15 tahun bersendirian selepas suaminya dipenjara empat tahun lalu.
Berikutan itu, katanya kehidupan mereka lima beranak menjadi sukar dan perit sehingga tiga anaknya tidak lagi bersekolah sekali gus tercicir dalam pelajaran.
Sementara itu, Lip Chee berkata, pejabatnya akan menanggung segala kos persekolahan mereka termasuk pengangkutan, uniform, buku-buku rujukan, alat tulis, beg sekolah dan yuran tuisyen.
"Selaku ADUN kawasan, saya akan pastikan masa depan tiga kanak-kanak ini terjamin dengan sekurang-kurangnya mereka dapat menyambung persekolahan semula,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam